Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tut] | بنتوت

Definisi : terhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dll), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dsb);membantut, membantutkan menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka?; rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;terbantut terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tut] | بنتوت

Definisi : Pl ikan bakar (yg dimasukkan rempah-rempah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tut] | بنتوت

Definisi : , = terbantut 1 tidak jadi atau tidak dpt diteruskan (kerana terganggu dsb); terhalang. 2 tidak dpt membesar (ttg tumbuh-tumbuhan dsb); terencat. membantutkan menyebabkan jadi terhalang; menyekat; menghalang: Rasuah akan ~ usaha pembangunan negara. terbantut terhalang atau tersekat lalu tidak dpt diteruskan, tidak tumbuh, tidak berkembang, tidak mencapai kemajuan dsb: Usaha itu ~ kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stop bathrendaman bantut; larutan bantutGeografiTiadaTiada
ratoon stuntingbantut ratunBiologiPatologiPenyakit, terutama pada ratun tebu, yang disebabkan oleh bakteria Clavibacter xyli subsp. xyli. Gejala berupa bantut dan berkas vaskular pada buku berwarna ungu kemerahan.
ratoon stuntingbantut ratunKimiaTiadaPenyakit, terutama pada ratun tebu, yang disebabkan oleh bakteria Clavibacter xyli subsp. xyli. Gejala berupa bantut dan berkas vaskular pada buku berwarna ungu kemerahan.
handicapbantut; kecacatan; handicapPendidikanTiadaTiada
handicapbantut; kecacatan; handicapPendidikanTiadaTiada
handicapbantut; kecacatan; handicapPentadbiranTiadaTiada
anortbantutAeroangkasaTiadaPenamatan sesuatu misi angkasa kerana kerosakan alat atau sistem.
stuntedbantutBiologiPatologiGejala berupa pemendekan sesuatu individu atau salah satu daripada organnya sepanjang paksi tegak. Pada tumbuhan, biasanya ruas menjadi pendek atau bilangannya berkurang. lih. kerdil, roset, nanisme.
stuntedbantutKimiaTiadaGejala berupa pemendekan sesuatu individu atau salah satu daripada organnya sepanjang paksi tegak. Pada tumbuhan, biasanya ruas menjadi pendek atau bilangannya berkurang. lih. kerdil, roset, nanisme.
acoustically handicappedbantut pendengaranPendidikanTiadaTiada
123

Kembali ke atas