Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epalpokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakanKamus Dewan Perdana
ensiklopediabuku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat yg lengkap ttg pelbagai topik dlm sst bidang ilmu atau ttg subjek tertentu, yg disusun mengikut urutan abjadKamus Dewan Perdana
etefonbahan yg menggalakkan pengeluaran susu getah yg banyak dlm masa yg lama, disapukan pd bahagian kulit pokok getah yg telah dikikis, terutamanya ketika cuaca panasKamus Dewan Perdana
ektoplasmalapisan luar sitoplasma yg jernih, tidak banyak mengandungi granul, dan lebih likat berbanding dgn endoplasmaKamus Dewan Perdana
berekor-ekorbanyak ekorKamus Dewan Perdana
etunagas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: C₂H₂Kamus Dewan Perdana
seperempatsatu drp empat bahagian yg sama banyakKamus Dewan Perdana
memperempatmembahagikan (sst) kpd empat bahagian yg sama banyakKamus Dewan Perdana
endomorfsso yg berbadan gemuk, berleher besar, pinggang yg lebih besar drp bahu dan mempunyai banyak lemakKamus Dewan Perdana
etakhaiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai TimurKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas