Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
many-to-many relationshiphubungan banyak ke banyakhubungan banyak ke banyakhubungan banyak ke banyakTeknologi Maklumat
many-to-many correspondencepadanan banyak-lawan-banyakTiadapadanan banyak-dengan-banyakMatematik
many-valued functionfungsi bernilai banyakTiadafungsi bernilai banyakMatematik
one-to-many relationshiphubungan satu ke banyakhubungan satu ke banyakhubungan satu ke banyakTeknologi Maklumat
Write Once Read Many (WORM)Tulis Sekali Baca Banyak (WORM)Tulis Sekali Baca BanyakTulis Sekali Baca Banyak (WORM)Teknologi Maklumat
abundancekelimpahankadar banyak, kelimpahankadar banyak/kelimpahanPerhutanan
polytheismpolitheismefaham tuhan banyak / politeismefaham tuhan banyak / politeismeSains Politik
many-to-one correspondancepadanan banyak-lawan-satuTiadapadanan banyak-dengan-satuMatematik
one-to-many correspondencepadanan satu-lawan-banyakTiadapadanan satu-dengan-banyakMatematik
multi-rig trawlpukat multi rigpukat tunda banyak palang/pukat tunda multipalangpukat tunda banyak palangPerikanan
12345

Kembali ke atas