Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Mengapakah ayat di bawah salah?: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. [SILA BERI PENJELASAN] DAN Antara ayat yang berikut yang manakah paling tepat dan sesuai? Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang pada peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang dengan peristiwa pahit itu. Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. ATAU Pihak polis sedang mengadakan risikan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. [SILA BERI JAWAPAN SECEPAT YANG MUNGKIN] Terima Kasih.

 Sdr. Limsuwei ,

Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat.ayat yang paling sesuai ialah Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat.

Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu ialah ayat yang betul

Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian ialah ayat yang betul

Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah ialah yang betul kerana terbaca menunjukkan keupayaannya membaca.

Tatabahasa06.10.2007
Antara yang berikut, yang manakah betul: Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. Keaslian sesuatu barangan yang ingin kita beli tidak dapat ditentukan dengan hanya sekali pandang. Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun di perlu melakukan banyak kerja rumah. Kita perlu minum tujuh gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan.Semua ayat di atas betul kecuali ayat: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah.Tatabahasa01.10.2007
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan‘? Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu?Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya.Tatabahasa13.11.2014
adakah DBP menawarkan mana-mana individu untuk melakukan kerja-kerja terjemahan?ada sumber mengatakan masih banyak buku-buku yang belum diterjemah,terutama buku english.kalau kerja2 terjemahan tersebut wujud,bolehkah pihak DBP memberitahu sy cara untuk memulakan kerja2 tersebut?terima kasih...Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, walau bagaimanapun, saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2811814.Lain-lain23.07.2008
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah itu 'kata kerja terbitan', apakah bezanya dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. sila beri contoh. zaman ini, sekolah rendah banyak menggunakan frasa sebegini dalam buku teks yang sangat mengelirukan saya. selain kata kerja yang saya sebut di atas, sila senaraikan juga golongan kata kerja lain jika ada. sekian, terima kasih.Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. .

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan , iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan. 

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.
Tatabahasa03.03.2013
Cikgu, jika kata bilangan 'banyak' di antara kata kerja transitif dengan objek, adakah ayat itu salah, kerana perkataan yang hadir di antara kata kerja transitif dengan objek dianggap sebagai kata sisipan yang menyalahi hukum tatabahasa? Contohnya: 1. (a) menyediakan banyak makanan atau (b) banyak menyediakan makanan 2. (a) mempelajari banyak ilmu atau (b) banyak mempelajari ilmuKata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut, seperti menyediakan banyak makanan dan mempelajari banyak ilmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 287.Tatabahasa19.06.2014
Salam Sejahtera, Kali ini, saya ingin bertanya tentang penggunaan "banyak" dalam ayat. 1. Perkataan "banyak" hadir sebelum atau selepas kata kerja, contoh: Ayat 1: Ahmad membaca banyak buku ....... atau Ahmad banyak membaca buku. Ayat 2: Buah-buahan tempatan membekalkan banyak zat kepada kita. atau Buah-buahan tempatan banyak membekalkan zat kepada kita. Saya berharap tuan dapat menjelaskan penggunaan "banyak" lebih lanjut. Sekian, terima kasih Andrew TanPerkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa18.08.2009
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Harap dapat penjelasan terperinci kenapa ayat di bawah salah: 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. Atas penjelasan tuan itu, didahului dengan ucapan terima kasih. Izani b. Hj. Daud.1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. - subjek ayat tidak perlu didahului kata kejadian.  
2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. - kata menceritakan tidak tepat dari segi makna ayat, sebaliknya ganti dengan perkataan lain seperti ... mengimbau kenangan ketika beliau ... 
3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. - Ayat pasif diri pertama tidak menerima bentuk pasif di-... + oleh seperti kata ganti nama diri ketiga.
4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. - memperindah, bukan memperindahkan
Tatabahasa08.03.2012
Yang manakah paling tepat, banyak mempunyai pengalaman atau mempunyai banyak pengalaman coz selepas kata kerja transitif mesti diikuti objek, iaitu menjadi banyak mempunyai pengalaman. begitu juga, menghadapi pelbagai masalah atau menghadapi masalah yang pelbagai, yg manakah paling tepat? terima kasih.Frasa 'banyak mempunyai pengalaman' dan 'mempunyai pengalaman yang banyak' kedua-duanya adalah betul. Jika mengikut rumus tatabahasa kata kerja transitif mesti diikuti objek, frasa 'banyak mempunyai pengalaman' adalah menepati rumus tersebut. Walau bagaimanapun frasa 'mempunyai banyak pengalaman' juga adalah betul dan yang menjadi isunya di sini ialah perbezaan pendapat tokoh bahasa tentang kelas kata 'banyak'. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'banyak' mempunyai dwifungsi, iaitu bilangan tak tentu dan kata adjektif. Sebagai kata bilangan tak tentu, kata 'banyak' boleh hadir selepas kata kerja transitif 'mempunyai'. Selain itu, frasa 'banyak pengalaman' merupakan frasa nama. Oleh hal yang demikian, frasa nama boleh hadir selepas kata kerja transitif seperti dalam frasa 'mempunyai banyak pengalaman'.  Tatabahasa01.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas