Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantitative overlandlebihan beban kuantitatifPentadbiranTiadaTerlalu banyak kerja yang hendak diselesaikan dalam masa yang singkat.
third cooktukang masak pangkat bawahanPentadbiran PerniagaanTiadaTukang masak yang melakukan lebih banyak kerja penyediaan awal daripada memasak.
backloglantukPentadbiranTiadaKeadaan kegentingan yang dihadapi oleh pekerja apabila terlalu banyak beban kerja yang terpaksa ditanggung, dan menyebabkan banyak kerja lain yang terbengkalai.
blue collar workerpekerja kolar biruPentadbiranPentadbiran Awam

Golongan buruh atau pekerja yang menggunakan banyak tenaga fizikal dan biasanya melakukan kerja-kerja teknikal, kemahiran dan pertukangan. Pekerja ini termasuklah juruteknik, mekanik, tukang kayu atau besi serta kerja-kerja elektronik di kilang. Golongan ini selalu dibezakan dengan golongan kolar putih yang selalu dikaitkan dengan kerja pejabat seperti golongan perkeranian dan pengurusan.

tinned wiredawai bertimahTeknikElektrikDawai yang disalut dengan timah atau pateri. Dawai ini mudah dipaterikan dan lazim digunakan untuk kerja-kerja yang banyak melibatkan sambungan secara pateri. Dawai bertimah digunakan, contohnya, dalam litar elektronik mudah.
formalismformalismeKesenianSeni BinaPendekatan dalam seni bina yang menekankan bentuk sesuatu bangunan. Arkitek yang menggunakan pendekatan ini sering menghubungkan unsur-unsur visual antara bahagian-bahagian bangunan dengan kerja-kerja reka bentuknya secara keseluruhan. Seni bina formalisme sangat mementingkan penggunaan garis dan bentuk-bentuk geometri. Formalisme pada bangunan moden banyak ditemui pada bangunan Bauhaus dan dalam gaya seni bina antarabangsa.
work hardeningpengerasan kerjaKejuruteraanKejuruteraan MekanikProses menambah kekuatan dan kekerasan bahan dengan cara melakukan kerja pada bahan tersebut. Antara kerja yang kerap digunakan ialah kerja pembentukan melalui ketukan yang berulang dan kerja gelekan. Proses yang dijalankan secara sejuk ini banyak digunakan untuk bahan logam seperti besi, tembaga, aluminium dan nikel yang tidak menghablur semula pada suhu bilik.
sedentarysedentariGerontologiTiadaIndividu yang banyak melakukan kerja sambil duduk.
work motivationmotivasi kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi.

job overlandbeban kerjaPentadbiranTiadaKeadaan yang wujud apabila pekerja diberi kerja yang terlalu banyak.
123456

Kembali ke atas