Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan. 1.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Adakah betul penggunaan kata banyak-banyak dalam ayat.Banyak-banyak bermaksud sungguh-sungguh atau amat sangat. Boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi ayat yang gramatis cukup sekadar merakamkan ucapan "terima kasih atas pertolongan anda".Tatabahasa03.01.2013
Salam Sejahtera, Kali ini, saya ingin bertanya tentang penggunaan "banyak" dalam ayat. 1. Perkataan "banyak" hadir sebelum atau selepas kata kerja, contoh: Ayat 1: Ahmad membaca banyak buku ....... atau Ahmad banyak membaca buku. Ayat 2: Buah-buahan tempatan membekalkan banyak zat kepada kita. atau Buah-buahan tempatan banyak membekalkan zat kepada kita. Saya berharap tuan dapat menjelaskan penggunaan "banyak" lebih lanjut. Sekian, terima kasih Andrew TanPerkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa18.08.2009
1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4.

Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.


Tatabahasa12.05.2011
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai. Contoh; 1) ... banyak orang; atau 2) ... ramai orang. Sekian, terima kasih.Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.Tatabahasa26.02.2017
Sila semak ayat di bawah, yang mana satu betul: 1) Banyak murid berada di dalam perpustakaan. 2) Ramai murid berada di dalam perpustakaan. mengenai mencari maksud sesuatu perkataan. saya menaip "banyak" di ruangan carian, tetapi "banyak" tidak ditunjukkan di ruangan "kata" dan sebaliknya ia berada di dalam ruangan "takrif" maka, saya tidak dapat tahu apakah sebenarnya maksud "banyak". sila maklum.Kedua-dua ayat tersebut betul. Ramai murid merujuk suasana murid yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak murid merujuk bilangan murid yang terdapat di tempat berkenaan. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, namun ramai digunakan untuk manusia.Tatabahasa03.02.2012
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyakbanyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;Makna03.10.2007
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih.Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 -  Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif.Tatabahasa11.07.2008
Tuan, frasa manakah di bawah adalah gramatis? 1. ...banyak memberikan manfaat kepada kita ATAU 2. ... memberikan banyak manfaat kepada kita. Terima kasih.Nombor 2 lebih tepat iaitu .... memberikan banyak manfaat kepada kita.Tatabahasa07.03.2019
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu.Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang".Tatabahasa15.12.2016
1. Mendatangkan banyak manfaat ATAU banyak mendatangkan manfaat. Mana satu betul,dan apakah rasionalnya? 2. Cara penggunaan 'Sehubungan dengan itu'

Kedua-duanya bagi frasa mendatangkan banyak manfaat dan banyak mendatangkan manfaat adalah betul dan boleh digunakan.

Penanda wacana sehubungan dengan itu... biasanya digunakan pada bahagian perenggan isi yang mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Berfungsi sebagai kesatuan dan perpautan yang lengkap bagi menyampaikan  sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis mahupun berucap.

Tatabahasa30.05.2021
12345678910...

Kembali ke atas