Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRETORIA

Pretoria (pend. 525 583; pend. kaw. met.

1 025 790) ialah ibu negara pentadbiran Afrika

Selatan dan bandar yang keempat terbesar. Ia

terletak di utara provinsi Gauteng. Luas kawasan

perbandarannya ialah 630 kilometer persegi.

Pretoria mempunyai banyak jabatan kerajaan dan

beribu-ribu orang pekerja awam.

UMUM 
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
SHOEBILL

Shoebill ialah burung besar yang dipercayai oleh

banyak ahli sains berkaitan dengan burung botak.

Ia kadangkala dinamakan burung botak kepala

paus . Shoebill tinggal di paya di Afrika dari hulu

Sungai Nil hingga ke Uganda dan Congo. Burung

ini tingginya 1.2 meter. Ia berwarna kelabu abu dan

mendapat namanya daripada paruhnya yang besar.

Apabila diganggu, ia membuka dan menutup

paruhnya dengan cepat, mengeluarkan bunyi kuat

yang berdetar-detar.

UMUM 
TERATAI

Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis

tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan

tempat adalah telipuk Mesir.

Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai

Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya.

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros

yang lebarnya mungkin 30 sentimeter.

Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2

meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul

hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya

kembang di atas permukaan air.

Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir,

India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan

India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis

Mesir purba.

UMUM 
KYOTO

Kyoto (pend. 1 461 103) ialah salah sebuah bandar

terbesar di Jepun. Bandar ini terletak di Pulau

Honshu, kira-kira 45 kilometer ke pedalaman

dari pusat perindustrian Osaka (lihat Jepun [peta

politik]). Kyoto ialah ibu kota negara Jepun, dari

tahun 794 M hingga tahun 1868, dan bandar ini

banyak menyimpan khazanah kebudayaan

semula jadi negara itu.

UMUM 
MALEK NOOR

Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir

pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor.

Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat

badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis

ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara

dalam sukan bina badan.

UMUM 
SAN JOSE

San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw.

met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang

utama dan salah sebuah pusat pembuatan

aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia

terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80

kilometer ke selatan San Francisco.

Keluaran utama industri elektronik di sini ialah

komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari

San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang

dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan

terdapat banyak industri komputer dan industri

yang berkaitan dengan komputer.

UMUM 
SAAR

Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis-

Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi

2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena

Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu.

Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar

atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar

ialah Saarland . Saar amat bernilai kerana lombong

batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu

negerinya ialah Saarbrucken.

UMUM 
SURAH AL-KAWTHAR

Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan

yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di

dalam surah tersebut yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu

nikmat yang banyak (al-Kawthar)”.

(Surah al-Kawthar 108:1)

UMUM 
TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung, menghubungkan organ

badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya,

dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain

jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel

dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli

sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga

kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu

(1) tisu penghubung sempurna yang lembut,

(2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras.

Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung

sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu

penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia

tentang Rawan dan Tulang .

UMUM 
123

Kembali ke atas