Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih.1. ibu bapa-ibu bapa
2. markah
Tatabahasa07.08.2014
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa

Jawapan seperti berikut:

1. Ketiga-tiga buah bungkusan.
2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai
3. Kedua-dua ibu bapa
4. ibu dan bapa

Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana

Tatabahasa01.05.2010
Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih.Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih.Lain-lain07.09.2014
bapa Mitahli @ bapa misali?????Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bapa misali. Misali membawa maksud berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani.Ejaan19.08.2006
kedua-dua ibu bapa, kedua-dua orang ibu bapa, atau kedua ibu bapa, yang mana betul tatabahasanya? terima kasih.Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. Tatabahasa21.11.2011
Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis.

1) Bapa Mei Ling polis. - Betul

2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul

3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul

4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.

Tatabahasa13.11.2009
Salam, saya terkeliru dengan ayat-ayat berikut, yang mana satukah betul? 1. Bapa Ali ialah seorang Melaka. 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 3. Bapa Ali seorang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 5. Bapa Ali seorang Melayu. 6. Bapa Ali orang Melayu. Minta tunjuk ajar, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 
4. Bapa Ali orang Melaka. 
6. Bapa Ali orang Melayu.
Tatabahasa10.11.2014
Yang manakah paling tepat: 1. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya adalah dengan membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 2. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 3. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa.Cadangan penggunaan yang gramatis ialah "Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa."

Tatabahasa03.07.2023
Encik yang dihormati, Ayat ini"Bapa saya seorang guru." boleh diterimakah? ataupun "Bapa saya ialah seorang guru." lebih sesuai. "Bapa saya bertugas sebagai pekebun sayur." boleh diterimakah? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Ayat Bapa saya seorang guru dan Bapa saya ialah seorang guru, kedua-duanya betul. Ayat yang betul ialah Bapa saya bekerja sebagai pekebun sayur.Tatabahasa09.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas