Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pak besaq[mA/ b«.sA)Ö] panggilan untuk bapa saudara sulung; lih mak besaq.   
jeremoh[dZ«.Ò«.moh]kata kerjaterserempak; jerembap.Aku jeremoh dengan pak menakan hang tang kedai tadi.[A.ku dZ«.Ò«.moh d«.NAn pA/ m«.nA.kAn hAN tAN k«.dAj tA.di]Saya terserempak dengan bapa saudara awak di kedai tadi.
geranyok[g«.ÒA.ø]kata kerjamengambil makanan dengan mencekuh sana-sini; geronyok.Jangan geranyok laok, pak hang tak makan lagi.[dZA.NAn g«.ÒA.ø lAo pA hAN tA mA.kAn lA.gi]Jangan geranyok lauk, bapa awak belum makan lagi.
tok nek[to ne] mak kepada nenek atau datukTok nek mati masa tok baru beranak kat bapak.[to ne mA.ti mA.sA to bA.Òu b«.ÒA.nA kAt bA.pA/]Moyang meninggal semasa nenek baru melahirkan bapa.
tebuntang[t«.bun.tAN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidur terbaring dan mengganggu laluan; tebungkinAwat biaq pak hang tebuntang tengah rumah.[A.wAt bi.jA)Ö pA/ hAN t«.bun.tAN t«.NAh Òu.mAh]Mengapa dibiarkan bapa kamu terbuntang di tengah rumah.
bantai[bAn.tAj]kata kerjamemperkosa.La ni hang jangan dok buat maen-maen, pak pon bantai anak.[lA ni hAN dZA.NAn do bu.wAt mAen.mAen pA pon bAn.tAj A.nA]Sekarang ini awak jangan buat main, bapa pun memperkosa anak sendiri.
jujoh[dZu.dZoh]kata adjektif1 berkenaan dengan buah bermusim (seperti durian, manggis, rambutan dan lain-lain) yang boleh didapati dengan banyak ketika musimnyaPak pesan balek awai sikit, derian tengah dok jujoh.[pA/ p«.sAn bA.le/ A.wAj si.kit d«.Òi.jAn t«.NAh do/ dZu.dZoh]Bapa pesen balik awal sikit, durian sedang banyak.

Kembali ke atas