Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARI BAPA UMUM 
IBU BAPA ANGKAT UMUM 
IBU BAPA UMUM 
BONIFACIO, ANDRES

Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TIBERIUS

Tiberius (42 S.M.–37 M.) ialah maharaja Rom

pada zaman Jesus Christ. Nama penuhnya ialah

Tiberius Claudius Nero. Baginda ialah maharaja

Rom yang kedua. Baginda menggantikan Maharaja

Augustus, iaitu bapa angkat dan bapa tirinya.

Tiberius merupakan pemerintah tentera yang

berjaya di bawah pemerintahan Augustus.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943)

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh

sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu

Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin

memajukan nasib orang Melayu melalui penanya

iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam

bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa

Cerpenis Melayu’ yang produktif.

UMUM 
SANTA KLAUS

Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa

Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang

membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari

Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai

seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang

memakai pakaian bulu berwarna merah.

UMUM 
PLINY

Pliny ialah nama keluarga bagi seorang bapa

saudara dan anak saudara lelakinya yang menjadi

penulis terkenal di zaman Rom.

UMUM 
KACUKAN

Kacukan ialah anak kepada ibu bapa yang

berlainan bangsa, jenis atau spesies.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas