Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bar] | بر

Definisi : batang besi dll; ~ pengagih (Fiz) logam yg membahagi-bahagi aliran elektrik; ~ perangkai plumbum (Fiz) timah hitam yg merangkaikan anak-anak bateri dlm bateri kepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bar] | بر

Definisi : kaunter, ruang, dll tempat minuman (terutamanya minuman keras) disajikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bar] | بر

Definisi : benda keras yg bentuknya bersegi panjang (dibuat drpd kayu, besi dsb): ~ magnet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bar] | بر

Definisi : tempat minum-minum di hotel, kedai makan dsb (biasanya utk minuman keras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bar chart or bar graphcarta bar atau graf barTeknologi MaklumatTiadaCarta atau graf yang menggambar maklumat (nilai melawan kategori) dalam bentuk palang atau bar. Bar yang digambarkan boleh dalam bentuk menegak (nilai di paksi menegak, kategori di paksi mengufuk) atau dalam bentuk mengufuk (nilai di paksi mengufuk, kategori di paksi menegak). Dalam carta/graf bar yang sama, dua atau lebih kategori boleh digunakan untuk tujuan membandingkan nilai kategori tesebut. Contoh carta bar mengufuk seperti berikut: Rajah 1
boring barbar jara/bar gerekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBar melintang yang mempunyai mata pemotong yang digunakan untuk membesarkan lubang silinder enjin.
back barbar belakangPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian bar yang menyimpan peralatan bar seperti gelas tambahan, poster dan bahan-bahan lain untuk penyediaan minuman.
bar spacingjarak barKejuruteraanKejuruteraan BangunanJarak yang diukur di antara satu bar dengan bar yang lain di dalam konkrit tetulang.
lattice girdergalang kekisiKejuruteraanTiadaGalang, rasuk atau tiang yang dibina daripada anggota yang disambung dan dirembat oleh bar-bar pepenjuru bersilangan.
ribbed slabpapak berusukKejuruteraanTiadaLantai konkrit bertetulang yang bahagian pengalas bebannya terdiri daripada rasuk tee yang diperkukuh dengan bar-bar keluli di bahagian bawah rentang. Sinonim : lantai jubin geronggang; lantai blok geronggang; lantai pot.
barbarMeteorologiMeteorologi PerhubunganUnit tekanan udara dengan nilai 1 bar = 106 barye = 106 dyne/cm2, atau 1 bar = 105 pascal.
menu barbar menuTeknologi MaklumatPerisianObjek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna. Bar menu mengandungi senarai program yang dipamerkan dalam bentuk menu atau ikon yang boleh diklik. Pengguna boleh memilih atur cara yang hendak digunakan atau membuat arahan tertentu. Bar menu merupakan komponen asas pada paparan yang popular seperti Windows, Macintosh atau Gnome. Contoh bar menu adalah seperti yang berikut: Rajah 1: Bar menu
bent-up barbar bengkok ke atasKejuruteraanKejuruteraan BangunanBar bawah yang dibengkokkan ke atas dengan sudut kecondongan 45o. Bar ini diperlukan untuk memberikan ketahanan ricih pada rasuk konkrit.
torsion barbar kilasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBar panjang dan lurus, yang diikat pada rangka kenderaan pada satu hujung dan pada lengan kawalan pada satu hujung yang lain. Tindakan pegas dihasilkan oleh kilasan bar tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas