Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batang besi dll; ~ pengagih (Fiz) logam yg membahagi-bahagi aliran elektrik; ~ perangkai plumbum (Fiz) timah hitam yg merangkaikan anak-anak bateri dlm bateri kepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda keras yg bentuknya bersegi panjang (dibuat drpd kayu, besi dsb): ~ magnet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bar I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan yang mana adalah betul untuk 'Toolbar'; "Bar alat" atau "Bar Alat"? Huruf "a" dalam perkataan "alat" perlu ditulis menggunakan huruf besar atau huruf kecil? Adakah perkataan 'Bar alat / Bar Alat' ini termasuk dalam kategori ayat majmuk?Merujuk pangkalan data DBP, dalam bidang teknologi maklumat padanan "Toolbar" ialah "bar alat" dan bukan kata majmuk.  "Bar alat" boleh dieja "Bar alat" jika pada awal ayat, "bar alat" jika dalam ayat, dan boleh "Bar Alat" jika nama khas contohnya meletakkan nama pada label.Istilah28.01.2014
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya.Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya.Istilah14.07.2020
Tuan/Puan, Apakah terjemahan sebenar untuk gold cast bar? Bolehkah diterjemahkan sebagai bar kas emas? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan/puan. Terima kasih."Gold cast bar" boleh diterjemahkan sebagai bar kas emas.Makna18.10.2018
Assalamualaikum. Adakah sesuai jika "kotak carian" diterjemahkan kepada "search bar"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah search bar ialah bar gelintar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.03.2023
Salam. Mohon penjelasan berkaitan padanan perkataan "monkey bar" dalam BM.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "monkey bar" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bar gayut.Istilah25.02.2016
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih.Maksud terjemahan di bawah ialah:
 1. Listing - senarai
2. Listed price - harga daftar
3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau
4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi
5. Fixer upper - Pengubahsuai
6. Self-levelling -  Aras Sendiri
7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut
Makna07.03.2017
Tuan, apakah padanan dalam Bahasa Malaysia yang betul bagi perkataan "Search" dalam konteks Internet? Cth, "Search bar". Terima Kasih.Istilah bahasa Melayu untuk search ialah gelintar. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk search bar ialah bar gelintar.Istilah24.09.2012
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK COKLAT? SEPAPAN COKLAT TRANSLATION FROM A BAR OF CHOCOLATEPenjodoh bilangan bagi "a bar of chocolate" ialah sekeping coklat.Lain-lain05.12.2009
Assalamualaikum Tuan, Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah-istilah komputer seperti yang berikut: 1. Toolbox 2. Menu bar

Belum ada lagi dalam data kami bagi istilah Toolbox . Cadangan kami yang sesuai bagi  Tool-box ialah kotak peralatan, manakala istilah menu bar ialah bar menu (Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna)

Istilah15.11.2019
Tepatkah jika "barcode" (yang ada pada sesuatu barangan untuk memudahkan penjualan) diterjemahkan sebagai "kod bar"?Terjemahan yang betul ialah kod bar.Istilah23.03.2008
1234

Kembali ke atas