Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ra] | بارا

Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : ; gajah ~ Pr gajah ganas; ® barak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : Tr kembara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : , = ~ api api yg masih ada pd arang atau pd kayu tetapi tidak bernyala. membara 1 menjadi bara; panas atau berapi spt bara. 2 ki bergelora dgn amat sangat; meluap-luap; berkobar-kobar: Di hati, ~ semangat ingin berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
embern (usu in pl) 1. glowing piece of coal, wood in dying fire, bara (api): to cook potatoes in the ~s, membakar kentang di atas bara; flying ~s, bara api yg terpercik; 2. fading remains of a past emotion, bara: to fan the ~s of his dying love, menyemarakkan semula bara percintaannya yg hampir padam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cindern (sisa) bara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire-walkingn berjalan atas bara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire-walkern pejalan atas bara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coaln 1. (mineral) batu arang: ~ - seam, lapisan batu arang; ~ - mine, lombong batu arang; 2. half-burnt fuel, ember, bara: he grilled a piece of steak over the glowing ~s, dia memanggang sekeping stik di atas bara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glowingadj 1. incandescent, berpijar, berbara: ~ embers, bara yg berpijar; 2. vividly coloured, cerah warnanya: the ~ evening sky, langit petang yg cerah warnanya; 3. bright due to good health, excitement, (of face) berseri, bercahaya; (of eyes) bersinar-sinar, bercahaya; 4. favourable, indah: he gave a ~ description of city life to his village friends, dia memberikan gambaran yg indah ttg kehidupan di bandar kpd teman-temannya di kampung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scorchan ember had fallen out of the fire and ~ed the carpet, seketul bara tercampak dr perapian dan menyebabkan permaidani itu terbakar; the fire was too hot and he ~ed the steaks, disebabkan api terlalu panas, stik itu hangus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterglown radiance, a. (remaining after sunset ) teja; b. (phys) bara /susulan, lanjur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
splutter with a ~, (dgn) /berdetus, berdetup/: the embers went out with a few ~s as the snow fell, bara api itu padam dgn berdetus-detus apabila salji turun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wisp2. a long thin amount of smoke etc, jaluran: a ~ of smoke rose from the embers, jaluran asap naik dr bara itu; ~s of mist lay over the valley, jaluran-jaluran kabus menyelubungi lembah itu; ~s of cloud floating in the sky, jaluran-jaluran awan terapung-apung di langit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas