Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ra] | بارا

Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : ; gajah ~ Pr gajah ganas; ® barak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : Tr kembara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra] | بارا

Definisi : , = ~ api api yg masih ada pd arang atau pd kayu tetapi tidak bernyala. membara 1 menjadi bara; panas atau berapi spt bara. 2 ki bergelora dgn amat sangat; meluap-luap; berkobar-kobar: Di hati, ~ semangat ingin berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glow-tubetiub baraTeknikElektrikTiub lampu yang beroperasi bersandarkan sifat nyahcas bara. Bara tiub lampu ini akan hilang apabila suatu kadar voltan dibekalkan padanya. Oleh itu, tiub ini sering digunakan pada pengaturan voltan dan juga digunakan dalam litar pemicuan kerana tiub ini berupaya melakukan kerja-kerja pemicuan dan pengayunan. Misalnya, tiub lampu neon bara.
glow peakpuncak baraFizikNanoteknologiPengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau.
glow plugpalam baraKejuruteraan AutomotifEnjinPalam yang bertindak sebagai pemanas elektrik kecil dalam kebuk prapembakaran bagi enjin diesel. Palam bara berfungsi untuk memanaskan campuran udara-bahan api dalam ruang pembakaran supaya enjin yang berkeadaan sejuk mudah dihidupkan.
glow-lamplampu baraTeknikElektrikLampu berbentuk tiub yang mengandungi sedikit gas lengai, seperti neon, wap merkuri, dan wap natrium. Lampu ini dinyalakan oleh bara negatif berhampiran dengan elektrod negatif apabila tenaga elektrik dibekalkan di antara elektrod-elektrodnya.
flame baitumpan baraTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran kepada senarai mel, kumpulan berita atau persidangan dalam talian yang lain dan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan ahli kumpulan perbincangan tersebut. Biasanya, umpan bara ini dilakukan untuk menimbulkan topik yang emosional dan kontroversi.
neon glow-lamplampu bara neonTeknikElektrikLampu nyahcas yang terdiri daripada dua katod sejuk yang dipasang berdekatan di dalam mentol berisi gas neon, seperti diod yang berisi gas. Lampu ini akan mengeluarkan cahaya merah membara. Lampu bara neon digunakan dalam lampu penguji dan lampu penunjuk suhu seterika.
glowbaraFizikTiadaTiada
afterglowbara; tejaFizikTiadaTiada
counterglowbara bertentanganFizikTiadaTiada
glowbaraKomunikasi MassaFotografiTiada
1234567

Kembali ke atas