Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan dengan perbezaan penggunaan perkataan barang, barang-barang dan barangan. Dilampirkan soalan tersebut sebagai lampiran. Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 17 September 2021. Sekian, terima kasih.Berikut merupakan maksud bagi barang, barang-barang dan barangan berdasarkan Kamus Dewan Perdana:

1. barang: segala sesuatu yang wujud dan berjasad; segala muatan yang dibawa oleh kereta api, kapal, lori dan sebagainya; benda yang ada permintaan terhadapnya, dan dihasilkan atau dikeluarkan untuk diniagakan; barangan.
2. barangan: benda yang ada permintaan terhadapnya, dapat memberikan faedah kepada pengguna, dan dihasilkan atau dikeluarkan untuk diniagakan; barang.
3. barang-barang: barang yang pelbagai jenisnya dan banyak jumlahnya.

Oleh itu, berdasarkan maksud di atas puan boleh memilih sama ada hendak menggunakan barang, barangan atau barang-barang dalam penulisan puan kerana ketiga-tiganya boleh digunakan.
Makna14.09.2021
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan?Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama.Tatabahasa28.02.2007
Pergi dan membeli barang-barang keperluan rumah Pergi dan beli barang-barang keperluan rumah Ayat yang manakah betul?Ayat yang gramatis ialah "Pergi dan beli barang-barang keperluan rumah."Tatabahasa15.05.2023
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Tatabahasa29.01.2016
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahunAyat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat.Tatabahasa22.03.2007
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya.Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas.Tatabahasa14.06.2012
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya.

2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya.
Tatabahasa27.12.2016
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah?Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.  Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.02.2012
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya.Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca.Tatabahasa01.07.2015
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan

Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang.

Makna27.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas