Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Barang-barang tembaga Terengganu dalam pameran di AustraliaEmbong Haji MuhammadUtusan Melayu21.09.1983
Barang-barang seni diharuskan oleh Islam dengan berapa syaratAbdul Rauf DalipUtusan zaman01.07.1990
Barang-barang antik Kelantan semakin popularHapizah AzizUtusan Malaysia25.03.1986
Apakah barang-barang yang jadi kegemaran jemaah-jemaah dari Malaysiauntuk dibawa pulangPak SakoUtusan Zaman23.12.1984
Penerbitan barang-barang kesenian dirancangTiadaBerita Harian05.01.1977
Harga barang-barang perlu mula turun sedikit-sedikitHantu RayaUtusan Melayu24.01.1983
Utamakan barang-barang buatan MalaysiaTiadaUtusan Zaman18.11.1984
Gunakan barang -barang negara kitaTiadaUtusan Melayu21.04.1985
Walaupun Barang-Barang Banyak Diniagakan Namun Hati Dan Jiwanya TidakBoleh TenteramSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.02.1984
Utamakan keluaran barang-barang negara kitaTiadaUtusan Zaman24.03.1985
123456

Kembali ke atas