Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grocerybarang runcitPentadbiran PerniagaanTiadaBarang-barang makanan dan barang-barang keperluan harian lain yang dijual oleh peruncit.
baileebailiUndang-undangTiada1. Orang atau pihak yang kepadanya barang-barang dan/atau harta diri diserahkan di bawah kontrak bailmen.,2. Orang yang kepadanya milikan barang-barang diamanahkan tetapi bukan dengan maksud memindah milik barang-barang itu.
silverwaresudu garpu; barang-barang perakKesenianTiadaBarang-barang yang dibuat daripada logam perak.
grocery shopkedai barang runcitPentadbiran PerniagaanTiadaKedai yang menjual barang-barang makanan dan barang-barang keperluan harian lain.
lost and found itembarang-barang ditinggal dan dijumpaiPentadbiran PerniagaanTiadaBarang-barang kepunyaan pelanggan yang tertinggal di dalam bilik sama ada berharga atau tidak yang dijumpai oleh tukang kemas bilik yang patut dikembalikan atau disimpan di jabatan pengemasan.
bailmentbailmenUndang-undangTiadaPenyerahan barang-barang dan sebagainya yang diamanahkan, mengikut sesuatu kontrak, sama ada nyata atau tersirat, supaya amanah itu dilaksanakan dan barang-barang itu dikembalikan oleh baili sebaik-baik sahaja maksud atau tujuan itu terlaksana.
glass productkeluaran kacaEkonomiTiadaBarang-barang yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kaca seperti cermin, hiasan kaca, dan kaca gentian, tetapi biasanya tidak termasuk barang-barang optik.
contervailing dutyduti timbal balasEkonomiTiadaDuti yang dikenakan terhadap barang-barang import yang bertujuan mengimbangi kesan pemberian subsidi terhadap pengeluaran barang-barang tersebut oleh negara pengeksport. Sinonim tarif timbal balas.
bailorbailorUndang-undangTiada1. Orang atau pihak yang menyerahkan barang-barang kepada baili. 2. Orang atau pihak yang menjamin atau menyerahkan barang-barang kepada satu pihak lain di bawah kontrak bailmen.
export taxcukai eksportEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport.
12345678910...

Kembali ke atas