Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary demand/ generic demandpermintaan asasKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik.
generic productbarangan generikKomunikasiKorporatBarangan yang dipasarkan tanpa menonjolkan jenama. Harga barangan ini lebih murah berbanding barangan yang berjenama. Walau bagaimanapun, mutu barangan ini tidak semestinya rendah berbanding barangan berjenama. Pengedar besar biasanya mengenal pasti barangan yang terbaik dalam kalangan barangan generik ini untuk dibeli dan diletakkan jenama pengedar tersebut untuk dipasarkan. Contohnya, bahan pencuci dan barangan makanan seperti minyak masak.
hot productsbarang tumpuanKriminologiKeadilan JenayahBarangan yang menjadi sasaran pencuri. Antara ciri-ciri barangan tumpuan ialah barangan yang bernilai, barangan mudah alih, mudah ditanggalkan, mudah disembunyikan dan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya, kenderaan, barang kemas dan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan kamera.
range of goodsjarak pembelian barangan; julat baranganGeografiTiadaJarak maksimum pengguna sanggup bergerak untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
capital goodsbarangan modalSains PolitikHubungan AntarabangsaSalah satu faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Barangan modal fizikal seperti perkakas dan peralatan jentera merupakan barangan hasil keluaran oleh sebuah firma tetapi digunakan semula sebagai input oleh firma yang lain dalam proses pengeluaran yang lain. Contohnya, sebuah lori adalah merupakan barangan modal yang terhasil daripada industri pembuatan kenderaan dan digunakan sebagai input bagi industri perkhidmatan pengangkutan.
brandjenamaKomunikasiKorporatNama, perkataan, simbol, reka bentuk, atau kombinasi dua atau lebih unsur tersebut yang boleh memperkenalkan sesuatu barangan daripada sesebuah syarikat yang berbeza dengan barangan pesaing. Konsep jenama bermula daripada cap atau lambang yang terdapat pada bungkusan sesuatu barangan. Apabila sesuatu barangan itu kerap digunakan dan sering diperkatakan, barangan tersebut dikatakan berjenama. Apabila sesuatu barangan itu terkenal, nilai namanya turut meningkat, pengaruhnya dalam masyarakat akan bertambah, dan turut mempengaruhi harga. Bermula dari peringkat ini, sesuatu jenama itu akan diberikan ciri yang membolehkannya diletakkan dalam kategori berjenama atau tidak berjenama. Dalam pengurusan promosi, konsep jenama atau versi jenama merupakan istilah yang digunakan oleh pihak pengurusan pengiklanan untuk memberikan makna terhadap sesuatu barangan, perkhidmatan atau organisasi dalam pengertian yang lebih luas. Sesuatu jenama barangan bukan sahaja melambangkan barangan berkenaan tetapi mewakili citra organisasi atau negara pengeluar barangan. Jenama juga kerap dikaitkan dengan budaya pengguna. Sesuatu barangan mungkin dilihat sebagai berjenama dalam sesuatu budaya tetapi tidak bagi budaya lain.
smugglingpenyeludupanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengimport atau mengeksport barangan terlarang, atau mengimport atau mengeksport barangan dengan cara mengelakkan duti yang sepatutnya dikenakan terhadap barangan berkenaan. Bagi barangan yang diimport secara penyeludupan, denda yang digandakan berasaskan nilai barangan rampasan boleh dikenakan kepada pihak yang menyeludup.
brand extensionpengembangan jenamaKomunikasiKorporatStrategi pemasaran barangan baru daripada sesuatu jenama dan mengaitkan barangan tersebut dengan jenama berkenaan,khususnya bagi jenama barangan yang menguasai pasaran. Selain faktor perundangan dan peraturan, barangan baru dikaitkan dengan jenama untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan di pasaran. Contohnya, barangan jenama Nike yang pada asalnya merupakan jenama kasut sukan dikembangkan kepada barangan sukan lain seperti pakaian dan peralatan sukan, yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Tujuannya adalah untuk mengekalkan pelanggan sedia ada di samping mendapatkan sasaran pelanggan baru. Selain itu, pengembangan jenama juga bertujuan untuk mempelbagaikan barangan dari rangkaian jenama utama.
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidmatan tidak akan mempengaruhi kesetiaan jenama.
countertradeperdagangan berlawananPentadbiranTiadaPerdagangan antarabangsa yang melibatkan pertukaran barangan dengan barangan lain secara langsung atau tidak langsung.
12345678910...

Kembali ke atas