Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang.ka.li] | بارڠکالي

Definisi : boleh jadi, mungkin, mudah-mudahan: ~ betul kata engkau itu;kebarangkalian (Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rang.ka.li] | بارڠکالي

Definisi : belum tentu lagi benar tidaknya; boleh jadi: ~ ada orang yg bermain-main di tempat larangan itu. kebarangkalian 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barangkali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih.Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau  'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa10.12.2010
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
Kalau-kalau bermaksud barangkali dan merupakan kata bantu ragam. Adakah fungsi kalau-kalau menjadi kata hubung pancangan keterangan dalam ayat di bawah: Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.Perkataan kalau-kalau juga bermaksud sekiranya. Oleh itu, perkataan kalau-kalau tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan.Tatabahasa28.09.2019
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
2. Sarina ___menghadapi sesuatu masalah, sebab itulah wajahnya mrung sahaja. A masih B pernah C sudah D barangkali munsyi, jawaban ialah D, adakah munsyi sependapat dengan saya bahawa A juga sesuai? apakah jawaban yang paling tepat dalam konteks ini? TQPada pandangan kami, jawapan yang lebih tepat untuk ayat tersebut ialah masih.Tatabahasa11.03.2012
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
Tiada masalah di pihak saya. Saya boleh view PDF dari laman2 lain tanpa masalah. Mungkin masalah di pihak tuan. Dan masalah ini barangkali belum diselesaikan sejak 05.05.2011, atau boleh jadi masalah yang berulang-ulang. Pertanyaan ini pun ada di laman PRPM... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=transliterasi+&d=10 Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasihTerima kasih En. Nizam Nuraishah. Pihak kami akan panjangkan hal ini untuk kemaslahatan semasa. Terima kasih.Lain-lain06.01.2014
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
123

Kembali ke atas