Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat] | بارت

Definisi : 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : sesat; sesat ~ sesat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : 1 arah tempat matahari masuk: lw timur: Ke sebelah ~ negeri Pahang ialah negeri Selangor. 2 negara-negara di sebelah Eropah dan Amerika: bangsa ~ bangsa Eropah atau Amerika (spt Inggeris, Jerman dll). ~ daya arah di antara barat dgn selatan. ~ laut arah di antara barat dgn utara. membaratkan 1 menghalakan ke sebelah barat. 2 menjadikan secara Eropah atau secara Amerika. kebarat-baratan berlagak spt orang barat (Eropah atau Amerika). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
westernadj barat: we are going on a tour of ~ Europe, kami hendak melancong ke Eropah Barat; the ~ states of the U.S.A., negeri-negeri barat Amerika Syarikat; a ~ style building, bangunan gaya barat; the impact of ~ technology on various countries, kesan teknologi barat di beberapa negara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westadv 1. towards the west, ke barat: my room faces ~, bilik saya menghadap ke barat; they live a hundred miles ~ of the town, mereka tinggal seratus batu ke barat bandar itu; we decided to travel ~, kami mengambil keputusan utk mengembara ke barat; 2. to the west of a place or thing, di (sebelah) barat: the plains that lie ~ of the mountain, dataran yg terletak di sebelah barat gunung itu; the village lay ~ of the hills, kampung itu terletak di sebelah barat bukit-bukau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westerlyadj 1. to or towards the west, ke barat: to travel in a ~ direction, mengembara ke arah barat; 2. (of wind) from the west, barat: a ~ breeze was blowing, bayu barat sedang bertiup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westadj 1. in or facing the west, barat: the building is on the ~ side of the street, bangunan itu terletak di sebelah barat jalan itu; the ~ coast, pantai barat; W~ Malaysia, Malaysia Barat; 2. (of wind) coming from the west, baratan: a ~ wind, angin baratan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westn 1. direction towards which the sun sets, barat: the border is a few miles to the ~, sempadan itu terletak beberapa batu sahaja ke barat; the war that actually started in the ~, peperangan yg sebenarnya bermula di barat; the sun rises in the east, and sets in the ~, matahari terbit di timur dan tenggelam di barat; 2. the western part of a country, /sebelah, bahagian/ barat: much of the fighting was in the ~, sebahagian besar pertempuran itu berlaku di bahagian barat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
south-west n 1. (direction) barat daya; 2. (area) sebelah barat daya: in the ~ of France, di sebelah barat daya Perancis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
northwestn 1. (direction) barat laut; 2. (area) bahagian barat laut: the people living in the ~, orang-orang yg tinggal di bahagian barat laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Westn; usu the ~, Barat: leaders of the ~ will be meeting in Geneva, pemimpin-pemimpin Barat akan bermesyuarat di Geneva; East-~ relations, hubungan Timur-Barat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
westwardadv also westwards ke arah barat: they travelled ~ to the coast, mereka mengembara ke arah barat menghala ke pantai; the town lies ~ of the mountain, bandar itu terletak ke arah barat gunung itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
southwesterly adj barat daya: a ~ wind, angin barat daya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas