Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat-barat;

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak rusa lari ke barat, Sampai di barat makan ubi; Sementara gila belum melarat, Carilah bomoh untuk mengubati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin barat ombaknya besar, Mahu ke laut berhati-hati; lngin selamat banyak belajar, Ilmu dituntut bekal dicari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bukit Beguk barat Melaka, Anjing menyalak ayam hutan; Buah jarak tidak kusangka, Jarak menjadi buah rambutan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345

Kembali ke atas