Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bar.bar] | بربر

Definisi : IB tidak beradab (orang, bangsa, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barbar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEGERI-NEGERI BARBAR

Negeri-negeri Barbar, dahulunya terletak di

sepanjang pantai Afrika Utara. Kawasan ini kini

merupakan sebahagian daripada Algeria, Libya,

Maghribi, dan Tunisia. Istilah Barbar iaitu nama

golongan orang yang merupakan sebahagian

besar penduduk Afrika Utara, berasal daripada

perkataan Latin barbar. Barbar merupakan nama

yang diberikan pada zaman Rom kepada

golongan orang yang tinggal di pinggir Empayar

Rom.

UMUM 
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 
ORANG MOOR MAGHRIBI

Orang Moor Maghribi ialah nama yang

diberikan oleh orang Rom dalam sejarah klasik

terhadap penduduk yang mendiami kawasan

pantai Afrika Utara. Mereka juga menggunakan

istilah Mauritania bagi menyebut nama kawasan

tempat bermastautinnya kaum Moor. Kaum Moor

adalah salah satu kaum yang berasal dari satu

komuniti yang terbesar, iaitu kaum Barbar. Lihat

Barbar.

UMUM 
TARIQ IBN ZIYAD

Tariq ibn Ziyad (50–102 H./670–720 M.) ialah

penakluk Sepanyol. Terdapat juga pendapat

mengatakan bahawa namanya Tariq ibn Amru,

hamba kepada Musa ibn Nusayr, iaitu Gabenor

Maghribi merangkap panglima tentera Barbar

yang ditugaskan membuka Semenanjung Iberia

pada zaman Kerajaan Umaiyyah yang pada masa itu

diketuai oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 

Kembali ke atas