Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bar.bé.ku] | بربيکو

Definisi : (barbéku) 1. jamuan di tempat terbuka (spt perkarangan rumah dll) dgn hidangan daging, ayam, udang, dll yg dipanggang; 2. daging, ayam, udang dll yg dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;membarbeku memanggang daging, ayam, udang, dll di tempat terbuka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barbeku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'.Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang.Ejaan21.02.2008
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih.Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. Penyemakan dan penterjemahan14.12.2023
Macam mana nak terjamah perkataan-perkataan berikut: 1) Microwave 2) Wine Cellars / Wine Chiller 3) BBQs Sekian terima kasih.Terjemahan bagi perkataan berikut ialah:
Microwave - Mikrogelombang
Wine Cellars / Wine Chiller - Bilik wain bawah tanah / Pendingin Wain
BBQs - Barbeku atau BBQ
Istilah04.04.2017

Kembali ke atas