Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : pasukan: ~ Sipahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? Memeriksa barisan kehormat atau barisan kehormatan?Frasa yang betul ialah "memeriksa barisan kehormat".Tatabahasa22.02.2015
Assalamualaikum, Yang manakah penggunaan yang betul? 1. ..... di barisan hadapan. 2. ..... pada barisan hadapan.Ayat yang betul ialah di barisan hadapan. Tatabahasa28.02.2021
Carian melalui laman sesawang PRPM menunjukkan bahawa padanan yang sesuai bagi perkataan 'frontliner' adalah barisan hadapan, tetapi bukankah barisan hadapan lebih sesuai dipadankan kepada 'frontline' berbanding 'frontliner'?Untuk makluman pihak tuan, perkataan "front line" membawa maksud baris depan dan perkataan ini juga boleh digunakan untuk merujuk barisan hadapan bergantung pada konteks dan penggunaannya.Makna06.02.2021
Salam, yang manakah betul? 1. Yang Berusaha, Pengetua SMK Hamzah, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed atau Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed, Pengetua SMK Hamzah. 2. Barisan Guru Kanan atau Barisan Guru-guru Kanan atau Barisan guru kanan. 3. Setelah saya selidik khidmat nasihat yang telah diberikan, terdapat dua versi dimana; i) Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi Yang Brs. ii) Yang Berusaha tidak boleh disingkatkan. 4. Guru Bahasa Melayu saya menggunakan Yang Berusaha kepada penolong-penolong kanan semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh pengetua. Ada pendapat mengatakan sepatutnya Yang Dihormati digunakan jika pengetua turut hadir. Jika Yang Dihormati adalah penggunaan yang betul, apakah gelaran bagi barisan guru kanan, kaunselor-kaunselor pelajar dan guru-guru biasa?
1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. "Yang Dihormati" pula digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya atau buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.


2. Cadangan jawapan: Barisan guru kanan
Lain-lain16.10.2023
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, Barisan pimpinan kelab pengguna Atau Barisan kepimpinan kelab pengguna Manakah yang lebih tepat ?Ayat yang betul ialah Barisan kepimpinan kelab pengguna.Tatabahasa21.04.2023
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Maksud istilah ley lineDalam rujukan kami, istilah bagi 'ley line' ialah tanah yang ditanam dengan rumput bagi tempoh beberapa tahun (bidang Tani,GEOG), manakala 'line' bermaksud barisan. Padanan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan ialah barisan lei, iaitu barisan rumput yang ditanam. Penggunaan maksud ini dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Istilah11.03.2010
Kerusi-kerusi di barisan hadapan itu dikhaskan kepada tetamu. atau Kerusi-kerusi di barisan hadapan itu dikhaskan untuk tetamu. Ayat yang manakah lebih sesuai atau kedua-duanya boleh diterima?Dalam ayat tersebut penggunaan "untuk" adalah lebih tepat penggunaanya. Kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan salah satu daripada fungsinya ialah menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. (lihat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 276)Tatabahasa26.03.2011
Program Retreat Pemuda Barisan Nasional. (Apakah perkataan yang sesuai bagi retreat?)Perkataan yang sesuai bagi "retreat" ialah permukiman, "Program Permukiman Pemuda Barisan Nasional".Penyemakan dan penterjemahan20.11.2014
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya pemilihan pucuk kepimpinan pemilihan teraju kepimpinan barisan pemimpin Yang manakah betul dan apakah perbezaan mereka? Terima kasih :)Pucuk pimpinan, teraju pimpinan dan barisan pemimpin membawa maksud yang sama iaitu menunjukkan sesuatu yang di atas dan mempunyai kuasa tertinggi. Ketiga-tiga frasa ini boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Lain-lain13.08.2021
1234

Kembali ke atas