Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : pasukan: ~ Sipahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barisan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAANBARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957.BAHASAKonsep
BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF)BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF), satu gerakan pemisahan orang Islam Moro daripada kerajaan Filipina.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BARISAN PEMUDA SARAWAK

Barisan Pemuda Sarawak, persatuan serpihan daripada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), ditubuhkan pada bulan Jun 1947 untuk menentang isu penyerahan Sarawak kepada Britain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional, gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan parti ini didaftarkan pada 1 Jun 1974.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
TAMPAN ANGINBarisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KAFILAH

Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan

pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi

bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus.

UMUM 
KLERESTORI

Klerestori istilah seni bina bagi barisan

tingkap pada dinding yang bermula dari atas

bumbung sekeliling.

UMUM 
POLA IRAMA

Pola irama dalam puisi, ialah bilangan dalam

satu barisan ungkapan. Perkataan metre

bermaksud ukuran. Ia boleh juga merujuk

kepada semua corak pola irama sesebuah puisi.

UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
ZIP

Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan

ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing

ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk

yang boleh padan dengan elok antara satu dengan

lain.

UMUM 
1234

Kembali ke atas