Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : pasukan: ~ Sipahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ri.san] | باريسن

Definisi : 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tarsal bonetulang tarsusVeterinarPraklinikalSalah satu tulang yang membentuk kaki belakang. Tulang tarsus tersusun dalam tiga barisan. Barisan proksimal terdiri daripada dua tulang yang agak besar; iaitu talus di sebelah medial dan kalkaneus di sebelah lateral. Barisan tengah terdiri daripada tulang tarsus tengah sahaja; sementara barisan distal terdiri daripada tiga atau empat tulang bergantung pada spesies haiwan.
membranellamembranelaBiologiHistologi dan Sitologi1. Membran beralun-alun yang terbentuk akibat pertaupan barisan-barisan silium, seperti yang terdapat pada Protozoa. 2. Jalur bersilium seperti yang terdapat pada tornaria.
bulliform cellsel buliformBotaniTiadaSel epidermis yang bersaiz besar dan tersusun dalam barisan-barisan memanjang, yang lazimnya terdapat pada kebanyakan rumput. Sel ini terlibat dalam proses pembukaan gulungan daun muda., dan juga penggulungan serta pembukaan gulungan daun yang matang sebagai tindak balas terhadap status air dalam daun tersebut. Sel ini juga berfungsi sebagai sel penyimpan air.
antitubercularantituberkulosisFarmasiFarmakologiAgen atau kumpulan drug yang digunakan untuk merawat tuberkulosis akibat jangkitan Mycobacterium tuberculosis. Agen ini terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu agen barisan pertama dan agen barisan kedua. Agen barisan pertama merupakan agen utama yang biasa digunakan danmempunyai darjah ketoksikan yang sederhana. Agen barisan kedua pula digunakan apabila penggunaan agen barisan pertama tidak berkesan terutamanya dalam kes-kes yang rintang drug. Contoh agen ini ialah isoniazid, etambutol hidroklorida, streptomisin sulfat, pirazinamida dan rifampin.
rear guardbarisan belakangSejarahTiadaPasukan tentera diletakkan di barisan belakang sebagai persediaan menyerang semula sekiranya barisan hadapan tewas.
avenue plantingpenanaman lebuhPertanianAgroteknologiPenanaman pokok atau tanaman landskap dalam barisan yang lurus dengan jarak antara barisan yang luas. Kawasan di antara barisan pokok biasanya dijadikan sebagai laluan kenderaan atau pejalan kaki. Contoh pokok yang ditanam ialah pokok palma, pokok hujan-hujan dan pokok bungur. Bagi penanaman pokok kelapa, kaedah penanaman lebuh ini turut digunakan untuk membolehkan penanaman tanaman lain seperti koko dilakukan di antara barisan.
air curtaintabir udaraPerikananTiadaTabir yang digunakan untuk mengawal atau mengehadkan pergerakan ikan dengan mengeluarkan barisan gelembung udara. Barisan gelembung udara akan terbentuk sebagai dinding dan digunakan untuk menghalang ikan keluar dari kawasan tangkapan. Tabir udara boleh dihasilkan dengan melepaskan udara melalui tiub yang mempunyai lubang di sepanjangnya. Tabir udara sering digunakan bersama-sama peralatan menangkap ikan.
nanoscale abacussempoa nanoskalaFizikNanoteknologiSusun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM).
busbarisanKomunikasiTiadaBarisan butang yang teratur di atas meja penerbitan yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dalam penerbitan rancangan sama ada dalam bentuk audio atau visual.
popular frontbarisan popularSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis.
12345678910...

Kembali ke atas