Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ro.mé.ter] | باروميتر

Definisi : (barométer) 1. alat utk menyukat tekanan udara, jangka tekanan; 2. ki sesuatu yg dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dsb): gagasan itu dijadikan ~ utk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; perkembangan terbaru dlm arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ro.mé.ter] | باروميتر

Definisi : /barométer/ alat utk menyukat tekanan udara, digunakan utk meramalkan keadaan cuaca dan utk mengetahui ketinggian sesuatu tempat dr permukaan laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barometer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAROMETER

Alat untuk mengukur tekanan atmosfera.

FIZIKAlat/Alatan

Kembali ke atas