Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ro.mé.ter] | باروميتر

Definisi : (barométer) 1. alat utk menyukat tekanan udara, jangka tekanan; 2. ki sesuatu yg dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dsb): gagasan itu dijadikan ~ utk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; perkembangan terbaru dlm arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ro.mé.ter] | باروميتر

Definisi : /barométer/ alat utk menyukat tekanan udara, digunakan utk meramalkan keadaan cuaca dan utk mengetahui ketinggian sesuatu tempat dr permukaan laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barometer


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
barometer/barométer/ alat utk menyukat tekanan udara, digunakan utk meramalkan keadaan cuaca dan utk mengetahui ketinggian sesuatu tempat dr permukaan laut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
barometer(barométer) 1. alat utk menyukat tekanan udara, jangka tekanan; 2. ki sesuatu yg dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dsb): gagasan itu dijadikan ~ utk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; perkembangan terbaru dlm arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
barografbarometer yg merakamkan bacaannya secara automatik.Kamus Dewan Edisi Keempat
jangka tekananalat utk me­nyukat tekanan udara, barometer;Kamus Dewan Edisi Keempat
vernier(verniér) (Fiz) alat utk mengukur dgn tepat pecahan senggatan skala (jangka tekanan, barometer, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
jangka I1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup se­seorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk me­nyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, mano­meter; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan me­nentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hid­rometer.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas