Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Muatan baru, gaya baru dalam cerpen pengarang generasi baruOthman PutehDewan Sastera1 October 1996
Tahun baru, azam baru dan cerita lama..Zaen KasturiDewan Sastera1 January 1996
Orang Baru Hatipun BaruNani MariaURTV1 June 1976
Azam baru: Diari baruTiadaPelita Bahasa1 December 1995
Labuan: bandar baru pelabuhan baruAbd. Rahman AripinDewan Budaya1 October 1996
Pita sastra: ejaan baru pembetulan baruSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastra15 April 1977
Tahun baru azam pun baruAsiah IdrisJurnal Dewan Bahasa1 January 1992
Konsep baru dan pembentukan kata baruUmar JunusDewan Bahasa1 August 1987
Orang-orang baru dengan tradisi kritikan baruTiadaDewan Bahasa1 June 1974
Azam, semangat, dan strategi baru untuk tahun baruSutung Umar RsDewan Sastera1 January 1993
12345678910...

Kembali ke atas