Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cikgu baru cerita baru bumi KenyalangPustaka MurniTiada1996983-078-020-1 (set)
Bacaan dewan baru ejaan baru - buku tigaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1973 
Bacaan dewan baru ejaan baru - buku duaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1974 
Puisi baruZaman Baru BerhadTiada1982 
Puisi baruZaman Baru BerhadTiada1966 
Bahasa Malaysia Baru Dewan (Sukatan Pelajaran Baru): untuk Tingkatan SatuDewan Bahasa dan PustakaTiada1973240-1032 0105
Bahasa Malaysia Baru Dewan (Sukatan Pelajaran Baru)Dewan Bahasa dan PustakaTiada1974240-1897 0105
Bahasa Malaysia baru Dewan (Sukatan Pelajaran Baru)Dewan Bahasa dan PustakaTiada1973240-1032 0104
Bahasa Malaysia Baru Dewan (Sukatan Pelajaran Baru): untuk Tingkatan TigaDewan Bahasa dan PustakaTiada1978240-1710 0104
Bacaan dewan baru - buku dua (ejaan baru)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1973 
12345678910...

Kembali ke atas