Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
kadut sejenis ubi liar/ubi karut/gadutKadut niarap bo ngembang diom bue kekuapan baru boleh ginuring.Ubi karut dihiris dan direndam seharian baru digoreng.makanan dan minumanBajau
ngeliin Perempuan yg baru bersalin berpantang 40-100 hrDendo ngeliin nia mangau entelo 40 bangi.Perempuan berpantang tidak memakan telor 40 hr.adat resam dan yang berkaitanBajau
nggunting umur majlis kenduri menggunting rambut anak baru lahirSegaa menuun maidan nggunting umur.Mereka mengadakan majlis menggunting rambut.budayaBajau
nibow menziarahi org yg meninggal duniaKami baau mole rang nibow.Kami baru balik dr menziarahi org meninggal.budayaBajau
betongosbetungkuperempuan memanas badannya dgn apiDendo bau nganak betaogos ta tungku.Perempuan baru melahirkan memanaskan badannya di dapur.adat resam dan yang berkaitanBajau
manaw pengantin perempuan menjemput/ menunggu pengantin lelaki di lapanganDendo ngeliin nia mangau entelo 40 bangi.Perempuan baru bersalin memanaskan badannya di dapur.adat resam dan yang berkaitanBajau
putar naga pengantin lelaki dikehendaki membuat pusingan sebanyak 7 kali di halaman rumah pengantin perempuan sebelum persandingan.lopos jo putar naga, baru ni pengantin dela seno' meniik setanding.Selesai sahaja acara putar naga, pengantin lelaki disuruh naik ke rumah untuk majlis bersanding.adat resam dan yang berkaitanBajau

Kembali ke atas