baru | baru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi Hibiscus spp. dan Thespsia spp. daripada famili Malvaceae. Nama tempatan lain di Semananjung termasuk baru-baru, bebaru, bangsar dan tutor, dan di Sabah ialai baru laut. Spesies utama kayu ini ialah Hibicus floccusses, H. Maerophyllus, H. Tiliaceus, dan Thespesia populea. Warna gubal kayu baru berbeza-beza daripada putih hingga kuning muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning hingga merah coklat. Tekstur kayunya halus hingga agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 625kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras, dan yang ringan hingga sederhana berat. |
fresh | segar; bersih; baharu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik. |
newborn | baru lahir; bayi baru lahir | Kependudukan | Tiada | Tiada |
request for comments (RFC) | mohon komen (RFC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822. |
pick-up-story | berita sokongan | Komunikasi | Tiada | Berita yang telah diatur huruf dan akan digabungkan dengan pengenalan atau bahan baru. Bagi setiap bahan baru, bahan lama yang telah disunting akan disambung kepada bahan baru bagi mengukuh dan menyokong berita yang sedia ada. |
beginner player | pemain baru | Sukan | Tiada | Pemain yang baru menceburkan diri dalam permainan badminton tanpa mengira kumpulan umur. Sinonim: novice [pemain baru] |
innovation | inovasi/reka baru | Ekonomi | Tiada | 2. Pengenalan keluaran baru supaya dapat diniagakan sama ada dilihat dari segi jenis keluaran, gunaan keluaran, perkhidmatan yang diberikan atau cara-cara baru untuk mengeluarkannya. Proses inovasi ini bermula dengan ciptaan yang kemudiannya digunakan secara komersial setelah diuji, dimajukan, dan dikeluarkan untuk jualan. |
penetration price | harga tembusan | Komunikasi | Tiada | Strategi yang digunakan oleh peniaga baru untuk menembusi pasaran baru dengan menawarkan harga yang rendah sebagai tarikan. |
new mythology | mitologi baru | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat. |
expository organizer | kelola perkenal | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengajar bagi memperkenalkan bahan ciptaan baru kepada pelajar baru pada peringkat awal pengajaran sebelum peringkat pengelolaan seterusnya. |