Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru I

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Sila semak adakah penggunaan perkataan untuk ayat berikut betul. *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baru. atau *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baharu. *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baru untuk mereka. atau *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baharu untuk mereka.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baruBaru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Tatabahasa13.01.2017
perbezaan ayat untuk baharu dan baru. Minta contoh ayatBaharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baruBaru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Makna08.01.2017
penggunaan perkataan "Baharu" dan "baru". bila & di mana ?Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Tatabahasa04.06.2014
Apakah perbezaan antara baru dan baharu?
Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tahun baharu/baru. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba, baru-baru ini.

Makna23.04.2014
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan.Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. Tatabahasa03.01.2009
Jika'baru'bermaksud' just', 'baharu' bermaksud' new'. Adakah untuk pelajar yang baru mendaftar digelar' pelajar baharu' atau 'pelajar baru' ? ' pensyarah baru' atau'pensyarah baharu'? Terima kasih

 

Puan Wong,

Kata "baharu atau baru" digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu, pelajar baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4,  bermaksud belum ada sebelumnya, belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

Tatabahasa26.02.2009
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan.

Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa07.12.2011
assalamualiakum Saya keliru dengan penggunaan perkataan baharu atau baru. Contoh: Tahun Baru atau Baharu Kereta Baru atau Baharu ketua Perkhidmatan baharu Adakah perkataan baru telah di tukarkan dengan ejaan baharu. sekian, terima kasih.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa07.07.2010
Benarkah perkataan 'baharu' adalah perkataan bagi menggantikan 'baru'. Adakah ia membawa maksud yang sama?Perkataan baharu atau baru membawa maksud yang sama. Penggunaan perkataan baharu/baru seperti dalam konteks tahun baharu/baru. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru-baru ini.Tatabahasa05.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas