Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru I

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah <i> tawaran baru i>

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 
SISIPANimbuhan yang disisipkan di dalam atau di tengah kata dasar untuk membentuk kata baru dengan makna baru dan fungsi baru.BAHASAKonsep
PUJANGGA BARUPUJANGGA BARU, organisasi sastera Indonesia. Angkatan Pujangga Baru ini ditubuhkan pada tahun 1933. Angkatan ini pada mulanya dikenal sebagai Angkatan 30 dan kemudian dikenal sebagai Pujangga Baru setelah terbitnya majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Pujangga BaruI> pada tahun 1933. majalah yang dipimpin oleh Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana ini menyebarkan dan memperjuangkan cita-cita Pujangga Baru yang berhubung dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Penerbitan majalah ini adalah untuk menyatukan para pengarang karya kreatif di Indonesia.SASTERAInstitusi/Organisasi
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

AGAMAInstitusi/Organisasi
KAMPUNG BARU

KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MATEMATIK BARU

Matematik baru ialah satu program pengajaran

matematik yang kini digunakan di kebanyakan

negara.

UMUM 
KITAB PERJANJIAN BARU

Kitab Perjanjian Baru ialah Bible iaitu

sebahagian kitab suci orang Kristian yang terdiri

daripada 27 Sifr

UMUM 
KELIAN BARU

KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh.  Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim.  Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ANGKATAN PUJANGGA BARUANGKATAN PUJANGGA BARU, angkatan atau kumpulan sasterawan yang muncul dalam kesusasteraan Indonesia Moden pada tahun 1930-an yang dikenal juga sebagai Angkatan 30-an.  SASTERAKonsep
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas