Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru-baru;

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Pantun

PantunSumberTema
Perahu baru sembilan baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal baru tembirang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal baru temburung baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Temirang baru perahu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Abang baru adik pun baru, Baru sekali bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
angin malam menderu, angin menderu, Kain pelikat biru, berwarna biru; Kain lama baru, kesuma baru, Main lama baru, diulang baru.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain.Pantun Melayu SarawakBergendang
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas