Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru-baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 mingguPengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan  yg lain,  sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Sila semak adakah penggunaan perkataan untuk ayat berikut betul. *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baru. atau *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baharu. *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baru untuk mereka. atau *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baharu untuk mereka.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Tatabahasa13.01.2017
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.'Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.Tatabahasa01.03.2012
penggunaan perkataan "Baharu" dan "baru". bila & di mana ?Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Tatabahasa04.06.2014
Saya pernah melihat pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut di jawap olewh Dewan Bahasa sendiri. Tetapi pemenggalan perkataan tersebut berbeza dengan apa yang DBP baru-baru ini jawap kepada saya. Jawapan yang saya perolehi baru-baru ini adalah: 1. makanan (ma.ka.nan) 2. bayaran (ba.ya.ran) Walaubaimanapun, saya ada terjumpa di online DBP menjawap pemenggalan perkataan bagi perkataan seperti di atas adalah seperti berikut: 1. makanan (ma-kan-an) 2. bayaran (ba-yar-an) Disini saya ada sertakan sekali gambar sebagai bukti pemenggalan perkataan bagi perkataan berikut yang sebelum ini saya temui dijawap oleh DBP. Mohon supaya pihak dapat memberikan pencerahan bagi situasi ini. Terima kasih:)Salam sejahtera,

Tuan,

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an  (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan  (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an  (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan sebutan)

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.02.2018
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini.Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini.Tatabahasa20.08.2010
Baru-baru ini ditemui istilah 'kebersihatan' daripada gabungan 'kebersihan' dan 'kesihatan', terjemahan daripada perkataan 'hygiene'. Istilah ini turut digunakan oleh beberapa agensi dan persatuan (seperti tertera dalam talian). Adakah istilah ini sudah diterima oleh DBP dan boleh digunakan?Melalui pencarian kami tidak ditemukan perkataan "kebersihatan". Kami berpandangan perkataan kebersihan dan kesihatan ialah dua elemen yang berbeza walaupun saling berkaitan, dan kedua-dua perkataan ini dihuraikan secara berasingan. Istilah19.05.2022
Baru-baru ini kelab motosikal kami telah memutuskan motto "JALINAN SEPADU SEJALANAN" Saya cuma musykil dengan maksud SEJALANAN kerana JALANAN itu sendiri membawa maksud street/tepian jalan. Tidak menggambarkan satu hala tuju. Sesuaikah SEJALANAN itu pada motto kami. Tidakkah ia membawa nilai maksud yang 'rendah'?Mengikut Kamus Dewan Perdana, maksud "jalanan" ialah jalan-jalan yang menjadi tempat lalu lintas orang, kenderaan dan lain-lain. Oleh itu, cadangan moto yang sesuai ialah "Jalinan Teman Sejalan"Lain-lain28.03.2022
Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih.Lain-lain02.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas