Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru-baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barubaruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi Hibiscus spp. dan Thespsia spp. daripada famili Malvaceae. Nama tempatan lain di Semananjung termasuk baru-baru, bebaru, bangsar dan tutor, dan di Sabah ialai baru laut. Spesies utama kayu ini ialah Hibicus floccusses, H. Maerophyllus, H. Tiliaceus, dan Thespesia populea. Warna gubal kayu baru berbeza-beza daripada putih hingga kuning muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning hingga merah coklat. Tekstur kayunya halus hingga agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 625kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras, dan yang ringan hingga sederhana berat.
freshsegar; bersih; baharuPentadbiran PerniagaanTiada1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik.
newbornbaru lahir; bayi baru lahirKependudukanTiadaTiada
request for comments (RFC)mohon komen (RFC)Teknologi MaklumatTiadaSuatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822.
pick-up-storyberita sokonganKomunikasiTiadaBerita yang telah diatur huruf dan akan digabungkan dengan pengenalan atau bahan baru. Bagi setiap bahan baru, bahan lama yang telah disunting akan disambung kepada bahan baru bagi mengukuh dan menyokong berita yang sedia ada.
beginner playerpemain baruSukanTiadaPemain yang baru menceburkan diri dalam permainan badminton tanpa mengira kumpulan umur. Sinonim: novice [pemain baru]
new mythologymitologi baruKesusasteraanTiadaPenggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat.
innovationinovasi/reka baruEkonomiTiada2. Pengenalan keluaran baru supaya dapat diniagakan sama ada dilihat dari segi jenis keluaran, gunaan keluaran, perkhidmatan yang diberikan atau cara-cara baru untuk mengeluarkannya. Proses inovasi ini bermula dengan ciptaan yang kemudiannya digunakan secara komersial setelah diuji, dimajukan, dan dikeluarkan untuk jualan.
penetration priceharga tembusanKomunikasiTiadaStrategi yang digunakan oleh peniaga baru untuk menembusi pasaran baru dengan menawarkan harga yang rendah sebagai tarikan.
expository organizerkelola perkenalPendidikanTiadaKaedah mengajar bagi memperkenalkan bahan ciptaan baru kepada pelajar baru pada peringkat awal pengajaran sebelum peringkat pengelolaan seterusnya.
12345678910...

Kembali ke atas