Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rung] | باروڠ

Definisi : sj tempat yg beratap tempat berjual, warung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rung] | باروڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kunkuman jantan, obak, sito, Elaeocarpus robustus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
saron barungsaron barungMuzikTiada

 Saron bersaiz sederhana dengan register sederhana. Saron barung menghasilkan melodi asas dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Lihat juga saron.

bonang barungbonang barungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang barung merupakan satu set gong kecil yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai register sederhana dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu.

saron barung (Indon)saron barungKesenianTiadaAlat idiofon berbilah yang beroktaf sedang dalam gamelan Melayu.
Government KiosksBarung KerajaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
petrol kioskbarung petrolKejuruteraanTiadaTiada
dead boothbarung kalis bunyi; bilik hebahKejuruteraanTiadaTiada
balunganbalunganMuzikTiada

 Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron de­mung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa.

kerumongkerumongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kerumong merupakan set gong berbusut yang dimainkan dalam muzik gamelan Melayu. Alat muzik ini serupa dengan bonang barung yang dimainkan dalam muzik gamelan Jawa.

gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
gamelan Melayugamelan MelayuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Tereng­ganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentatonik dengan jeda neutral ketiga diadaptasikan daripada skel slendro Jawa. Alat muzik terdiri daripada gong agung, gong suwukan dan kenong yang berfungsi sebagai penanda masa; saron barung yang menghasilkan melodi asas; kerumong, saron panerus dan gambang yang membungai melodi asas; serta gendang yang membunyikan rentak. Tarian yang diiringi gamelan Melayu dikenali sebagai joget gamelan. Contoh lagu dan tarian termasuklah Timang Burung dan Togok.


Kembali ke atas