Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kenderaan besar yg membawa penumpang yg beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu; ~ ekspres bas utk perjalanan jauh yg singgah hanya di beberapa bandar besar saja atau di tempat-tempat makan; ~ kilang bas yg disediakan khas utk membawa pekerja yg berulang-alik ke tempat kerja mereka (di kilang dsb); ~ mini bas pendek (kecil) yg dibenarkan membawa penumpang antara 16 hingga 20 orang saja; ~ persiaran bas yg digunakan khas utk membawa pelancong bersiar-siar; ~ sekolah bas yg digunakan utk membawa kanak-kanak sekolah berulang-alik ke sekolah mereka pd hari-hari persekolahan; ~ sewa khas bas yg ditempah khas utk satusatu perjalanan (spt utk membawa rombongan melawat ke sesuatu tempat); ~ troli bas yg dijalankan dgn kuasa elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kenderaan bermotor yg panjang dan dpt membawa beberapa banyak penumpang (hanya dibenarkan lalu di jalan-jalan raya tertentu saja). ~ ekspres bas perjalanan jauh yg singgah hanya di tempat-tempat tertentu. ~ kilang bas yg membawa pekerja-pekerja kilang. ~ mini bas kecil yg membawa 16–20 penumpang. ~ persiaran bas utk membawa pelancong. ~ sekolah bas yg membawa murid-murid sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bas I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BASBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam.Makna28.09.2010
Mengapa pada dinding bas tertulis 'BAS PEKERJA' dan bukannya 'BAS KILANG' padahal itu pada saya sudah betul. Sama juga dengan 'BAS SEKOLAH', mengapa tidak ditukar kepada 'BAS PELAJAR' sebagai padanan kepada 'BAS PEKERJA'. Sekian Terima Kasih!Kedua-duanya boleh diterima mengikut konteks yang berbeza.Lain-lain07.06.2010
Adakah terdapat perbezaan maksud di antara "stesen bas" dengan "terminal bas"? Contoh: Terminal Bas Putra (Kuala Lumpur), Stesen Bas Kota Bharu (Kelantan), Terminal Bas Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur).

Terminal juga bermaksud stesen atau hentian. Walau bagaimanapun lazimnya stesen digunakan untuk hentian yang agak kecil seperti Stesen Bas Kuala Lipis, manakala terminal digunakan untuk hentian yang besar atau tempat transit untuk pelbagai jenis pengangkutan seperti Terminal Bersepadu Selatan.

Tatabahasa21.09.2012
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) <i style="mso-bidi-font-style: normal">steseni> ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) <i style="mso-bidi-font-style: normal">terminal i>ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) <i style="mso-bidi-font-style: normal">perhentiani>/ (4) <i style="mso-bidi-font-style: normal">hentian i>ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014
perhentian bas atau hentian bas? apa bezanya? tqMenurut Kamus Dewan, perhentian dan hentian membawa maksud yang sama. Jadi, tidak ada perbezaan antara perhentian bas dan hentian bas.Istilah20.11.2012
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Tatabahasa13.07.2009
ADAKAH AYAT "SILA MENUNGGU BAS DI STESEN BAS MASING-MASING 10 MINIT AWAL' ITU BETUL?Ayat yag lebih gramatis ialah "Sila tunggu bas di stesen bas masing-masing 10 minit lebih awal."Tatabahasa21.03.2017
Nak tanya 1. "Pemandu bas itu menghantar murid pergi ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah." 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah?" Sekian...Ayat yang gramatis dan betul ialah 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah.Tatabahasa25.02.2015
Dari sudut pandang imbuhan/pembentukan kata, manakah yang betul? 'bas perantara' atau 'bas pengantara'? Adakah kedua-duanya merupakan bentuk yang diterima?Padanan "feeder  bus" dalam bahasa Melayu ialah "bas pengantara/bas antara".Istilah10.04.2022
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali?Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang.Ejaan06.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas