Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa "basah kuyup" mempunyai tanda sempang dan dikira sebagai kata ganda? Mohon penjelasan selengkapnya. Terima kasih.Frasa "basah kuyup" tidak mempunyai tanda sempang dan bukan dalam golongan kata ganda. Frasa tersebut mengandungi dua perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri, mempunyai maksud yang berbeza dan boleh membentuk ayat. Ejaan14.06.2021
ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH.ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH.Lain-lain21.03.2011
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING.IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING.Lain-lain21.03.2011
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya.Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap".Tatabahasa03.03.2015
Struktur ayat yang mana betul? 1. Ali mengelap tingkap dengan kain basah di dalam kelas. 2. Ali mengelap tingkap di dalam kelas dengan kain basah.Kedua-dua struktur ayat yang digunakan tersebut adalah betul.Tatabahasa04.09.2012
membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih

Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Istilah28.05.2009
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat?

Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah

Tatabahasa06.06.2020
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa16.04.2013
Terjemahan untuk wet AMDUntuk makluman, AMD ialah singkatan untuk "age-related macular regeneration". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wet AMD"  ialah AMD basah atau degenerasi makular berkaitan umur basah.Istilah02.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mahu bertanya mengenai istilah 'barang dapur' atau 'barang basah'. Adakah kedua-duanya boleh diterima dan diguna pakai secara formal atau ia hanyalah bahasa pasar atau bahasa informal? Terima kasih.Wassalam.

Barang dapur merujuk kepada barang keperluan untu memasak. Manakala, barang basah pula merujuk kepada barang yang masih baru atau belum dikeringkan, misalnya ikan dan buah-buahan segar.
Lain-lain26.12.2019
1234

Kembali ke atas