Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sa.han] | باسهن

Definisi : 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sa.han] | باسهن

Definisi : 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basahan

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sama juga kain basahan sehelai,
     timah sesuku,
kalau tak timah pergi terasa mendapat.

Bermaksud :

Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colloquialismbahasa basahanKesusasteraanTiadaBahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan harian, atau dalam tulisan yang tidak formal. Dalam sastera khususnya drama, bahasa basahan biasanya digunakan dalam dialog antara watak dengan watak untuk membangkitkan kesan realistik. Bahasa basahan dianggap tidak sesuai bagi tulisan esei yang bersifat formal.
colloquialbahasa basahanKesusasteraanTiadaTiada
colloquialbahasa basahanLinguistikTiadaTiada
colloquialismragam basahanLinguistikTiadaTiada
colloquialbahasa basahanPendidikanTiadaTiada
colloquialismragam basahan/ragam kolokialSosiolinguistikTiadaVariasi bahasa perbualan tidak formal, umumnya dianggap terkeluar daripada wacana atau kesusasteraan, walaupun penggunaannya meluas dalam ujaran harian.
colloquialismbahasa basahan/ bahasa percakapanKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan atau frasa yang tidak formal dalam karya. Digunakan dalam keadaan tertentu misalnya lokasi atau zaman.
usual languagebahasa basahan/bahasa sehari-hariKependudukanTiadaTiada
colloquial languagebahasa basahanKesusasteraanTiadaBahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari dan bukan dalam bentuk bahasa formal.
usual languagebahasa basahan/bahasa sehari-hariSosiologiTiadaTiada
12

Kembali ke atas