Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sat] | باسلت

Definisi : (Geo) batu igneus berwarna gelap yg terdiri drpd feldspar dll dan biasanya piroksena, yg berasal drpd gunung berapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sat] | باسلت

Definisi : ist batu berwarna kehitam-hitaman yg terbentuk drpd leleran gunung berapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basalt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BASALT

Basalt, sejenis batuan gunung berapi yang keras, berwarna gelap serta berbutiran halus. Batuan ini ialah lava yang mengalir keluar ke muka bumi daripada perut gunung berapi atau melalui rekahan di muka bumi, dan memejal.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
MENGUARI

Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal

atau timbunan batu dari bumi dan

menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari

ialah lubang besar dalam tanah tempat batu

diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk

basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan

batu loh.

UMUM 
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM 

Kembali ke atas