Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basi I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan 1 yang saya tanya dan jawapan yang dicadangkan tempoh hari, ( Soalan : Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." Jawapan : Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan. Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. ) Menurut Kamus Dewan, salah satu daripada maksud basi ialah " lebihan (baki) wang", jadi dalam ayat contoh tersebut, adakah penggunaan perkataan "basi" salah ? Terima kasih.Secara lazimnya, masyarakat lebih kerap menggunakan perkataan baki. Namun, penggunaan perkataan basi dalam ayat tidak salah kerana Kamus Dewan mendefinisikan sebagai lebihan (baki) wang.Tatabahasa01.07.2013
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi."Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.

Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki.
Lain-lain26.06.2013
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan?Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder
2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): <i>~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar;i> 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: <i>memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; i>3. langgam atau corak irama (muzik dll): <i>~ Melayu asli; ~ keroncong; i>4. cara, gaya, macam, kaedah: <i>pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) i>cara ini (itu); <i>~ instrumental i>lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja;<i> ~ kebangsaan i>lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); <i>~ lama i>perkara lama (yg sudah basi); <i>~ patriotik i>lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; <i>~ rakyat i>lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; <i>~ tema i>lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014

Kembali ke atas