Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg ditunggang dgn mengayuh pedalnya;berbasikal menunggang basikal: budak itu ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua serta berpedal dan dpt ditunggang. berbasikal 1 mempunyai basikal. 2 menaiki atau menunggang basikal: Arif ~ ke sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basikal

Puisi
 

Kalau tuan gatih basikal,
     Buah berangan dimasak kari;
Kalau tuan kasih kekal,
     Sapu tangan campak ke mari.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal?Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama  memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal.Tatabahasa29.03.2012
Salam sejahtera. Terdapat sejenis basikal yang dinamakan sebagai "commuter bike". Bolehkah diterjemah sebagai basikal komuter, atau mungkin basikal ulang-alik? Memandangkan basikal jenis ini lazimnya digunakan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, atau tempat belajar. Terima kasih.Kami mencadangkan commuter bike diterjemahkan kepada basikal ulang-alik.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Selamat sejahtera, mohon bantuan tuan/puan untuk menjelaskan perbezaan antara: 1) menaiki basikal 2) menunggang basikal 3) mengayuh basikal Apakah perkataan (menaiki/menunggang/mengayuh) yang paling sesuai jika seorang kanak-kanak menaiki dan mengayuh basikal menuju ke sesuatu tempat? Terima kasih.Perkataan yang paling sesuai digunakan untuk basikal ialah mengayuh.Tatabahasa12.08.2020
maksud istilah basikal serta sejarah basikal, jurnal mengenai basikalBaby deeya, untuk soalan berbentuk ini sila dapatkan jawapan atau huraian yang lebih daripada Ensaiklopedia. Di dalamnya terdapat huraian yang lengkap mengenai soalan yang ditanyakan.Terima kasih kerana menghubungi KNB DBP.Makna16.02.2009
Apakah nama tempat duduk belakang basikal? lantin basikal?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, lantin ialah sejenis lampu, lentera.


Untuk makluman tuan, lantin juga bermaksud tempat duduk belakang basikal, yang merupakan dialek negeri Perak. Sehingga hari ini, Kamus Dewan belum menerima perkataan lantin, yang membawa maksud tempat duduk belakang basikal.
Tatabahasa19.04.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Tatabahasa18.04.2020
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu  seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul.Tatabahasa19.07.2012
Salam satu Malaysia, 1. Jatuh dari basikal 2. Jatuh daripada basikal Yang mana betul ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah terjatuh daripada basikal.Tatabahasa03.07.2013
Bolehkah "jadi" mula pada pangkal ayat? Cth: Ayah telah membeli sebuah basikal. Jadi, saya menaiki basikal itu ke sekolah setiap hari. Perlukah tanda "," digunakan selepas perkataan "jadi" dalam ayat di atas?Perkataan "jadi" tidak tergolong dalam kategori penanda wacana. Ayat yang betul ialah "Ayah telah membeli sebuah basikal. Oleh itu, saya menaiki basikal tersebut ke sekolah setiap hari." Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 527.Tatabahasa29.03.2023
1.Aku cinta padamu atau aku cinta kepadamu? 2. dari basikal atau daripada basikal ?

Frasa yang betul ialah 1. aku cinta kepadamu, 2. daripada basikal.

Lain-lain21.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas