Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sir] | باسير

Definisi : Ar 1. penglihat mata hati; 2. ark terang, nyata kelihatan: lampu pelita kurang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perkataan menikahi dan menikah

Dalam Kamus Dewan ada diterangkan tentang perbezaan kedua-dua kata terbitan itu, menikah bermaksud berkahwin atau bernikah: maka menikahlah Jaliah dgn Basir, manakala menikahi pula bermaksud berkahwin dengan atau mengahwini: ia tentu tak mahu menikahinya dan mengambilnya jadi isteri.

Makna10.02.2008
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023

Kembali ke atas