Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
washing-machinen mesin basuh: a fully automatic ~, mesin basuh automatik sepenuhnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washerwomann tukang basuh kain baju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wash-tubn besen basuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wash-dayn hari /basuh, cuci/ kain baju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twin tubn mesin basuh tong kembar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finger-bowln mangkuk basuh tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dish-watern air bekas basuh pinggan mangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dishwashern (machine) mesin basuh pinggan mangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washboardn board on which clothes are washed, papan /basuh,cuci/ kain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washer3. person who washes clothes, /pembasuh, pencuci, tukang basuh, tukang cuci/ kain baju.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas