Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal. 1.Abu basuh tangan. Abu basuh kaki.(dan) JAWAPAN A:Abu basuh tangan dan kaki. JAWAPAN B:Abu basuh tangan dan basuh kaki. Mana satu jawapan lebih tepat?Ayat yang lebih sesuai bagi menggabungkan ayat tunggal ialah Abu basuh tangan dan kaki.Tatabahasa03.05.2016
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya.Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan.Lain-lain16.01.2019
basuh pinggan dengan cermat ATAU basuh pinggan dengan hati-hati? Terima kasih.Cermat dan berhati-hati, kedua-duanya membawa maksud yang hamper sama, iaitu melakukan sesuatu dengan penuh perhatian atau teliti. Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa13.11.2014
Untuk Ayat pasif berikut: Baju itu kena basuh oleh ibu. Manakah ayat aktif yang sepadan? (a)Ibu kena basuh baju itu. (b)Ibu membasuh baju itu.Ayat aktif yang betul ialah "Ibu membasuh baju itu".Tatabahasa29.10.2015
Maaf, saya ingin bertanya adakah selepas perkataan "dibeli" perlu disertai dengan perkataan "oleh"? Ayat contoh: Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling atau Mesin basuh itu dibeli Yoke Ling. Yang mana satukah yang betul? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. Maka ayat yang betul ialah "Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling"Tatabahasa29.09.2020
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari.Makna21.07.2013
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan.Lain-lain02.11.2015
1.Pakaian itu telah dia basuh semalam. 2.Sesetengah murid lebih suka belajar secara bersendirian. Yang mana satu betul ayatnya.Boleh jelaskan kenapa?Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa10.05.2010
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
12

Kembali ke atas