Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.suh] | باسوه

Definisi : cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.suh] | باسوه

Definisi : ; membasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1 orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membasuh. ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basuh

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Licin bagai basuh perahu.

Bermaksud :

Menderita kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
washoverbasuh keluarKimiaTiada1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh.
washoverbasuh keluarKejuruteraanPetroleum1) Kendalian yang dilakukan untuk melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh. paip basuh yang digunakan mesti mempunyai garis pusat luar yang cukup kecil untuk membolehkan paip basuh masuk serta sesuai dengan garis pusat lubang gerudi dan garis pusat dalam yang cukup besar supaya boleh muat serta padan dengan garis pusat luar batang gerudi atau tetiub yang terlekat. 2) Melepaskan batang gerudi atau tetiub yang terletak di dalam lubang dengan menggunakan paip basuh.
washbasuhKejuruteraanTiada1. Basuh: Penulenan bahan petroleum menggunakan air atau larutan bahan kimia.
washermesin basuh; sesendalSosiologiTiada1. Mesin basuh: Mesin untuk membasuh.
combination washermesin basuh dwifungsiSosiologiTiadaMesin basuh yang boleh menjalankan tugas, misalnya membasuh dan mengeringkan.
wash waterair basuhKejuruteraanTiadaAir untuk memproses basuh balik turas pasir.
washoverbasuh luarKejuruteraanTiadaMelepaskan paip gerudi yang terlekat di lubang menggunakan paip basuh luar.
wash-spin periodjangka masa perah basuhSosiologiTiadaJangka masa perah ketika proses basuh.
washing sodasoda basuhKimiaTiadaGaram berhablur tanpa warna yang terdiri daripada natrium karbonat terhidrat. Soda basuh mudah larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam alkohol. Garam ini digunakan sebagai bahana pencuci dan bahan pelembut air. Nama kimianya ialah natrium karbonat dekahidrat.
wash-fill periodjangka masa isi basuhSosiologiTiadaJangka masa mengisi air ketika proses basuh.
12345678

Kembali ke atas