Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tal] | بطل

Definisi : 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tal] | بطل

Definisi : 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
batalbatal (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
downjatuh (Tinju), batalSukanTiadaBatal: Pukulan bola yang mengenai tin, raket atau badan lawan.
short runlarian batalSukanTiada1. Larian batal: Larian tidak lengkap yang dibuat oleh pemukul sehingga menyebabkan larian itu tidak sah.
numeral cancellationtanda batal bernomborPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal yang mengandung nombor yang mewakili tempat pengeposan.
ship cancellationtanda batal kapalPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal setem yang digunakan di atas kapal lazimnya menggunakan nama kapal.
coloured cancellationtanda batal berwarnaPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal yang dicetak atau ditera selain daripada warna hitam.
cancellationpembatalan; tanda batalPentadbiran PerniagaanTiada3. Tanda batal: Tanda yang diturunkan ke atas setem untuk mengelakkan dari diguna semula.
dated cancellationtanda batal bertarikhPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal setem yang mempunyai tarikh.
railroad cancellationtanda batal kereta apiPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal yang digunakan ke atas mel kereta api apabila mel dalam transit.
last-day cancellationtanda batal hari akhirPentadbiran PerniagaanTiadaTanda batal yang menunjukkan tarikh pada hari terakhir pejabat pos ditutup untuk selama-lamanya.
12345678910

Kembali ke atas