Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batan;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 
KITAR FOSFORUS

Kitar fosforus ialah peredaran fosforus antara

batu-batan, tanih, sungai, tumbuh-tumbuhan, dan

haiwan yang terdapat di bumi. Manusia dan semua

organisma lain memerlukan forforus untuk hidup.

UMUM 
KALSIUM

Kalsium, unsur kimia, ialah logam yang lembut,

putih keperakan yang paling banyak didapati dalam

batu-batan seperti kapur, batu kapur, dan marmar.

Simbol kimianya ialah Ca.

UMUM 
TALKUM

Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah

mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan

yang rata licin, dan dalam bongkah yang

padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores

dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris.

Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa

ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak

lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau

kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang

padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di

Mesir dan China purba.

UMUM 
TERITIP

Teritip ialah kerang-kerangan air masin yang

melekat pada objek dalam air. Teritip didapati pada

cerucuk dermaga, batu-batan, penyu, paus, dan

bahagian bawah kapal. Jurutera marin telah

menghabiskan banyak masa membuat eksperimen

untuk mencari cara mencegah teritip daripada

melekatkan dirinya pada kapal dan dermaga.

UMUM 
PERIDOT

Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya

berwarna kehijauan kerana kandungan besinya.

Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk

batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang

emas memotong dan mencanai peridot berkualiti

tinggi untuk menghasilkan permata yang

mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong

dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai

barang kemas yang indah-indah. Peridot yang

rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat

dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan

empelas dalam proses yang dikenali sebagai

tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan

untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan.

Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran

untuk bulan Ogos.

UMUM 
EMPANGAN

Empangan ialah sekatan yang diletakkan

merentangi sungai untuk menyekat arus air. Saiz

empangan berbeza-beza daripada empangan tanah

yang kecil atau ketulan batu-batan kepada struktur

konkrit yang setinggi pencakar langit.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
SPAN

Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan

lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai

kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup

melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan

lain-lain objek di bawah permukaan air. Span

dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat

lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab ini manusia dahulunya

menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan.

Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis

haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan

makanan. Span tidak dapat membuat makanannya

sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan.

UMUM 
SAXIFRAGE

Saxifrage adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan tumbuhan yang kecil, tahan lasak yang

tumbuh di bahagian sejuk dan sederhana di

Hemisfera Utara. Tumbuhan ini diberi

nama saxifrage, yang bermakna pemecah

batu , kerana ia biasanya tumbuh pada batu-batan

atau di celah batu-batan.

UMUM 
123

Kembali ke atas